19 May 2014

Isu Ustaz Azhar Idrus di Dakwa Raba dan Ajak Maryam Berzina, NGO Buat Laporan Polis

Isu Ustaz Azhar Idrus didakwa raba dan ajak Maryam berzina, NGO buat laporan polis - Sekitar pertengaan tahun lepas, seorang gadis bernama Maryam Mazlieynna Mazlee mendakwa pernah diraba dan diajak berzina oleh pendakwah muda terkenal, Ustaz Azhar Idrus menerusi akaun facebook miliknya.

Pengakuan itu telah tersebar di laman-laman sosial dan blog-blog hiburan sehingga ada yang menggesa orang ramai agar membuat laporan polis dibuat berhubung perkara tersebut.

Meskipun ia pernah reda seketika beberapa bulan sebelum ini namun kembali hangat diperkatakan di sebuah forum sekitar minggu lalu dan menarik kembali perhatian penggiat-penggiat forum lain.

Sehubungan itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) difahamkan nekad membuat laporan polis pada pagi Isnin di Balai Dang Wangi, Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment