Malah, rupa-rupanya sudah hampir lima tahun pasangan ini melayari bahtera perkahwinan dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata.
Pasti ramai peminat diluar sana yang tertanya-tanya apa rahsia BCL memikat hati suami dan masih kekal romantis hingga ke hari ini.
Terkini, menerusi laman sosial Twitter miliknya, BCL telah memuat naik status berkongsi rahsianya memikat hati suami kepada peminat-peminatnya.
Mungkin agak janggal bagi seorang wanita untuk berkongsi status begini di laman sosial, tetapi apa salahnya ingin berkongsi rahsia memikat suami bukan?
Katanya, kulit harum, lembut dan menggoda itulah yang membuatkan Ashraf seoalah-olah tidak boleh berenggang dengan dirinya.
Apapun, jangan mudah melatah, rupa-rupanya BCL memuat naik status tersebut bagi mempromosikan satu produk hygene yang melantiknya sebagai duta.-ohbulan
No comments:
Post a Comment