Puan Lola telah berkahwin dengan suami baru sebagai isteri kedua.
Suami baru ini bernama Abdullah yang berumur lingkungan 40 tahun.
Ini kata bapa tiri Firdaus:
“Isteri saya terlalu sayangkan anaknya itu dan saya tidak pernah melihat dia menderanya sejak kami berkahwin 10 tahun lalu,” kata bapa tiri kepada Metro.
Menurutnya, dia berkahwin dengan ibu Muhammad Firdaus dikenali sebagai Lola, 40, pada 2004 selepas mengenalinya dalam tempoh setahun dengan menjadikannya isteri kedua.
Ini lagi kata-kata dari Abdullah:
“Sebelum berkahwin, Lola memberitahu saya, dia mempunyai seorang anak yang juga orang kelainan upaya.
“Dia sentiasa berkongsi masalah dan menceritakan penderitaan serta kesusahan dialaminya.
“Sejak berkahwin, saya akui jarang pulang ke rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, kerana saya merahsiakan perkahwinan itu daripada isteri pertama.
“Saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dengan memberikan Lola wang setiap bulan untuk perbelanjaannya dan anak termasuk Muhammad Firdaus,”
Perkahwinan ini merupakan rahsia Abdullah daripada isteri pertamanya. Abdullah juga yakin Lola tidak mederanya.
No comments:
Post a Comment