19 August 2014

BALAI POLIS KG BARU BUNTUNG,IPOH DIKEPONG SAMSENG



Balai Polis Kg Baru Buntong Dikepung Samseng | Dua kumpulan bertindak mengepung Balai Polis Kampung Baru Buntong, Ipoh selepas tidak berpuas hati dengan siasatan satu kes kemalangan maut.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam menyatakan ahli keluarga kedua-dua pihak yang terbabit dalam kemalangan itu tidak berpuas hati dengan kejadian itu lalu pergi ke balai polis bagi mendapatkan penjelasan.

“Keadaan menjadi tegang apabila kedua-dua pihak masing-masing mendakwa mereka berada di pihak yang benar hingga mengakibatkan berlaku sedikit kekecohan.

“Namun, pegawai penyiasat kes itu memberikan jaminan akan menyiasat setiap aspek dan kes itu akan dikendalikan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Selepas berpuas hati dengan jaminan itu, kedua-dua kumpulan tersebut meninggalkan pekarangan balai polis tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Terdahulu, N Rajendran dari Taman Wing Onn maut dalam kemalangan di Jalan Ng Song Teik di sini, apabila motosikal ditunggangnya berlanggar dengan motosikal lain.

Namun, beberapa kenalan dan ahli keluarga Rajendran dikatakan tidak berpuas hati dengan kejadian itu lalu mengepung rumah penunggang motosikal yang melanggar mangsa dan membuat kecoh.

Polis berjaya menyuraikan kumpulan itu serta menahan beberapa individu yang mencetuskan kekecohan di rumah itu dan dibawa ke Balai Polis Kampung Baru Buntong.

No comments:

Post a Comment