23 August 2014

CERITA URBAN LEGEND JEPUN YANG MENYERAMKAN



 : Cerita Urban Legend Jepun Yang Menyeramkan. Setiap negara mesti ada cerita Urban Legend yang Menyeramkan mereka yang tersendiri. Tidak kurang juga dengan cerita masyarakat di Jepun. Di Malaysia? apa agaknya cerita seramnya ya? Seingat aku lewat pada tahun 1996 waktu itu popular dengan cerita hantu kopek. Datang rumah beri salam dimana di akhir salamnya berbunyi kum..kum.. Di mintanya susu kerana anaknya menangis inginkan susu. Hakikatnya yang menangis itu adalah batu nisan.

Di Jepun tidak kurang seram juga cerita Urban Legendnya mengenai hantu. Jom baca Horrifying Story #4 : Cerita Urban Legend Jepun Yang Menyeramkan ini kalau korang berani.

Kushisake Onna (Wanita Mulut Terbelah)


Diberi nama Kushisake Onna bermaksud “Wanita mulut terbelah.” Jika korang berjalan berseorangan lewat malam, Kushisake Onna akan muncul tiba-tiba dihadapan korang. Korang tidak akan boleh melarikan diri daripadanya kerana setiap kali anda lari, dia akan cepat memintas korang. Walau kemana pun korang berlari dia pasti muncul tiba-tiba di hadapan korang.

Dia memakai topeng pembedahan bagi menutup mukanya, yang kelihatan cuma mata. Kushisake Onna akan bertanyakan korang satu soalan, “Adakah saya cantik?” jika korang menjawab tidak, dia akan memenggal kepala anda dengan menggunakan gunting yang besar. Jika anda menjawab ya, dia akan buka topengnya lalu menampakkan mulutnya yang terbelah dari hujung telinga hingga ke hujung telinga dan bertanya sekali lagi, “Macamana sekarang?”

Jika jawapan korang tidak, maka badan korang akan dipancung dua, dan jika jawapan korang ya, dia akan membelah mulut korang sepertinya. Ada berani untuk keluar malam jika image wanita ini terbayang-bayang dalam kepala?

-

No comments:

Post a Comment