20 August 2014

GEMPAR!!! SUAMI TETAK ISTERI, KANTOI SEDANG BERJIMAK


gambar hiasan


Hati suami mana tidak terkedu melihat isteri dalam keadaan yang tanpa seurat benang bersama lelaki lain. Itulah yang berlaku kepada seorang peniaga kuey teow goreng dari Alor Setar, Kedah. Tidak cukup dengan itu, lelaki yang meniduri isterinya itu adalah pembantu gerainya sendiri. Oleh sebab itu, si suami bertindak di luar jangkaan dengan menetak kedua-dua mereka.

Kejadian menggemparkan ini berlaku di rumah sewa suspek di Kampung Langgar kira-kira jam 2 pagi Rabu yang lalu. Suspek yang pulang ke rumah melihat isterinya dan pembantu gerainya tanpa seurat benang bertindak menetak kedua-dua mereka.

Suspek dan keluarganya berpindah ke rumah tersebut kira-kira seminggu yang lalu. Suspek melanjutkan tempoh perniagaannya sehingga 3 pagi atau 4 pagi sejak bermulanya kejohanan Piala Dunia.

Namun, dia dipercayai balik ke rumah lebih awal untuk menonton perlawanan diantara Brazil dan Mexico yang bermula pada pukul 3 pagi.

Suspek berusia 28 tahun itu menyerah diri di balai polis berdekatan selepas menetak kedua-dua mangsa.

Daripada tetakan tersebut, pembantu gerai itu yang berusia 39 tahun hampir putus tangan kiri manakala isterinya yang berusia 32 tahun cedera parah di paha kiri. Kedua-dua mereka dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, dekat sini.

Berikutan itu, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 24 Jun ini untuk membantu siasatan. Kes disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.


No comments:

Post a Comment