12 August 2014

Julia Ziegler Dituduh ‘Jual Badan’ Pada Produser?


Asal sahaja nama Julia Ziegler disebut, sudah pasti ramai yang mengaitkannya dengan pelbagai jenis kontroversi. Pernah didakwa mabuk di luar negara, Julia juga dikatakan tidak beradab dengan tuan rumah semasa di lokasi penggambaran.

Malah, baru-baru ini timbul pula desas-desus yang mendakwa bahawa pelakon berusia 30 tahun ini juga sanggup tidur dengan produser drama semata-mata mahu mendapatkan job berlakon. Aik. Rasanya sudah dua kali kena tuduh macam ni kan?

Berkesempatan untuk menemui Julia di majlis Karyaneka on New Horizons Embracing Heritage Through Technology, wanita itu dilihat menepis segala tohmahan tersebut dengan tenang.

Apa Respon Julia Ziegler Bila Sekali Lagi Dituduh Jual Badan Pada Produser?

Julia Ziegler dikatakan sanggup tidur dengan produser demi dapatkan tawaran berlakon





“Itu semua fitnah.Itu semua mulut orang. Saya tak perlu nak tidur dengan sesiapa untuk dapatkan job berlakon. Ada yang suka dan ada yang tak suka. Saya tak boleh nak buat semua org suka kat saya.
Saya rapat pun dengan 2 orang produser perempuan, siap berhijab lagi. Yang lelaki saya tak rapat. Kalau baik dengan produser lelaki pun, saya kenal dengan isteri dan family mereka.
Walaupun kita friendly, berniat baik pun orang akan ingat kita ada different intention. Jadi as long as Im happy with my life now, keluarga pun selamat dan sihat, so Alhamdullilah.”
Lepas satu, satu lagi isu yang timbul, maka terlintas pula di fikiran kami adakah Julia mempunyai musuh ketat yang tidak berputus asa mahu menjatuhkan imejnya.


“Semua orang ada musuh. Mungkin apa yang saya ada, mereka takde dan my life is much better. Karma itu akan kena dekat mereka balik. Yang tak betul saya cakap tak betul. Kalau saya boleh pertahankan diri, saya pertahankan.
Tapi kalau orang tu still nak bercakap, perkara itu akan kena balik dekat batang hidung dia. Bukan kerja saya untuk balas dan membuat tindakan apa-apa sebab Allah SWT akan bagi balasan lagi setimpal kepada orang yang berkenaan.”
Sempat juga kami bertanyakan pada Julia tentang kekasih hatinya. Tak terjejas ke perhubungan mereka dek kerana isu-isu panas yang menimpa?


“Saya dah kenal dia sebelum jadi pelakon. Dia memang memahami, so dia memang ikhlas dengan saya. Bila ada isu timbul, saya akan call dia, beritahu dia semuanya. Dia pula akan bagi nasihat.
Cuma parents dia yang selalu baca suratkhabar dan bertanyakan adakah saya stress dengan isu-isu ini. Saya tiada apa-apa nak sorok pun.”
Nak jadi pasangan kepada seorang selebriti kenalah faham pancaroba hidup dalam dunia seni. Kalau tak, susahlah nak maintain hubungan sampai ke jinjang pelamin. Tak gitu?

No comments:

Post a Comment