10 July 2014

Mengaku pernah hamilkan Selena Gomez

LOS ANGELES, 24 JUN 2014: Sebuah laporan mendedahkan bahawa Justin Bieber pernah menghamilkan 2 orang wanita termasuklah kekasih on-again off again bintang pop tersebut.

Menurut laporan itu lagi, Justin Bieber pernah menghamilkan Selena Gomez kira-kira 3 tahun yang lalu, namun kandungan itu hilang selepas Selena mengalami keguguran.

Selain itu, Justin juga pernah menghamilkan seorang wanita lain yang dikatakan sebagai peminatnya.

Sumber dalaman memberitahu bahawa pihak pengurusan Justin Bieber sanggup melakukan apa saja untuk menutupi cerita tersebut demi untuk mempertahankan imej penyanyi Baby itu yang benilai USD150 juta.

Sebaik saja mendapat pengesahan bahawa kedua-dua wanita tersebut telah menghamilkan anak Justin Bieber, mereka telah diberikan bantuan kewangan tetapi salah seorang daripadan mereka telah disingkirkan daripada hidup penyanyi kelahiran Kanada yang baru berusia 20 tahun itu.

Sudah tentulah wanita yang disingkirkan itu adalah peminat Justin Bieber.

No comments:

Post a Comment