05 September 2014

Karkurma Ada Unsur Seks Tapi Tak Mengghairahkan – Raja Azmi

Selepas filem, kini penerbit kontroversi RAJA AZMI Raja Sulaiman melancarkan karya terbarunya iaitu sebuah novel bertajuk Karkuma yang tidak kurang kontroversinya.

NOVEL berkenaan dikatakan memaparkan kisah yang mempertahankan elemen seperti agama, cinta dan seks.

Menurut beliau, anda unsur agama, CINTA dan seksual tidak digarap dalam sesebuah karya, novel yang ditulis boleh dianggap sebagai masakan kurang rencah.

Oleh sebab itu, Raja Azmi terus menyelitkan ketiga-tiga elemen berkenaan yang diterbitkan oleh syarikat Merpati Jingga.

Beliau sebelum INI juga pernah menulis novel yang ada unsur seks iaitu Cinta 200 ela yang diharamkan penjualannya.

Dengan Karkuma, beliau sudah bersedia dikecam sekali lagi.


“Memang ada elemen seks dalam novel itu, tetapi tidak terperinci seperti novel Cinta 200 ela. Elemen seks hanya dalam bentuk pantun yang dipetik daripada kisah benar masyarakat dulu kala di BALI.

“Jika itu boleh mengundang kecaman masyarakat, saya tidak tahu hendak kata apa. Cuma nasihat saya, BACA dulu novel berkenaan sebelum mengecam. Apa yang boleh saya katakan, buku ini lebih sopan dan tidak mengghairahkan seperti Cinta 200 ela yang lebih terperinci kisah seksnya.

“Bagaimanapun, jika buku ini mencetuskan kontroversi, saya terima. Selama berada dalamINDUSTRI, saya sudah lali dengan kontroversi. Bukan saya yang mencari semua itu, tetapi kontroversi yang mencari saya,” katanya yang mengambil hampir lima tahun untuk menghasilkan novel Karkuma.
Menurut penerbit itu, Karkuma dihasilkan beliau dengan sepenuh jiwanya.

Malah, katanya, beliau menulis Karkuma dengan hati yang ikhlas berbanding novel pertama,BLACK WIDOW.

Menurut laporan Berita Harian, Raja Azmi mengakui, ketika menghasilkan Black Widow, beliau hanya mahu mengejar GLAMOR. Ini kerana ketika itu, beliau bersuamikan pemain badminton hebat, Datuk Jalani Sidek.

Malah, katanya, Karkuma boleh dianggap novel yang matang. Biarpun terpaksa menempuhi halangan dalam menyiapkan novel berkenaan, Raja Azmi mengakui dirinya puas.

“Saya mula menulis Karkuma pada 2010. Bagaimanapun, ia terhenti separuh jalan rentetan dugaan yang saya hadapi. Ini termasuk isu tangkap khalwat yang membantutkan proses penulisan novel ini hingga saya berhenti menulis hampir setahun.

“Tahun 2011 dan 2012 adalah fasa yang sangat mencabar dalam hidup saya. Selain isu tangkap khalwat, saya berdepan dengan episod perceraian bersama Jailani. Semua itu membantutkan usaha saya untuk menyiapkan novel ini,” katanya.

Raja Azmi berkata, Karkuma cukup dekat dengan kisah hidupnya. Menurutnya, biarpun jalan cerita mungkin tidak menggambarkan sepenuhnya perjalanan hidupnya, namun jiwanya menebal dalam novel berkenaan.

Karkuma mengisahkan seorang pemuda yang boleh berbicara dengan tumbuh-tumbuhan. Pemuda itu jatuh cinta dengan seorang wanita yang turut diidamkan jejaka lain iaitu Jemang.Konflik ini membawa kepada tindakan Jemang yang CUBA menghapuskan Karkuma menggunakan kuasa jin.
Tambah Raja Azmi lagi, hampir 80 peratus novel ini ditulis pada waktu malam. Berkongsi pengalaman menghasilkan novel itu, Raja Azmi berkata, apabila membabitkan babak bersama jin, beliau terketar-ketar dan bulu romanya meremang hingga berhenti menulis.

No comments:

Post a Comment