Sehubungan dengan itu, gelaran perampas kini bertukar tangan daripada aktress Hanez Suraya kepada Hanis Husna. Sebahagian pengikut Shah meninggalkan komen pedas yang menganggap kekasihnya sebagai punca perpisahan aktor kesayangan mereka dengan bekas tunang yang juga pelajar jurusan perubatan di Malaysia Science University (MSU), Shah Alam.
“Saya amat sedih apabila kes ini jadi besar dan orang menghentam saya macam-macam tanpa tahu apa yang berlaku antara Shahz dan tunangnya."
"Memang saya kekasih Shahz tapi selepas dia tiada apa-apa lagi hubungan dengan tunangnya. Saya sangat tertekan dituduh perampas (tunangan orang) sedangkan orang (luar) tak tahu cerita sebenar.”
No comments:
Post a Comment