21 April 2014

LUAHAN HATI FIZA ELITE MENGENAI KONTROVERSI 'FAILKAN PENCERAIAN'

Pada bulan september 2013, Adam AF mengemparkan ramai peminat dunia hiburan tempatan apabila mengumumkan dirinya akan berkahwin dengan Fiza Elite yang pada masa itu bergelar janda.

Dengan tempoh perkenalan yang singkat, mereka mengambil keputusan untuk bernikah secara sederhana di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor.

Selepas sebulan bersama, timbul pula cerita kurang enak bilamana pasangan ini didakwa bergaduh besar di sebuah stesen minyak kerana sifat cemburu Adam yang tidak terkawal.

Laporan Utusan Malaysia pada hujung minggu yang lalu menimbulkan persoalan ramai sama ada rumah tangga Adam & Fiza ini mampu bertahan atau sebaliknya selepas Fiza dikatakan telah pergi ke mahkamah untuk menyelesaikan masalah yang melanda.

Menurut sumber, Fiza dikatakan telah memfailkan penceraian pada hari Rabu lalu di Shah Alam, Selangor.

Adam pula enggan memberi sebarang kenyataan media dan mendakwa mereka hanya bergaduh manja seperti pasangan suami isteri lain.

Kes bertambah hangat apabila Fiza meluahkan perasaan kecewanya di Instagram yang seakan-akan mahu beralah dan sudah nekad dengan keputusannya.

Baca luahan hati Fiza di bawah:
"Salam semua....maaf andai sy ada berbuat silap atau tkasar bahasa.sy benar2 berharap agar semua diluar sana memahami perasaan sy skrg ni...jgnlah ditanya bmcm2 jenis soalan.sy ni cuma wanita biasa yg kekadang lemah dan xmampu utk menanggung beban...tp sy tahu dan pasti semua ni ketentuan dr Allah.siapa yg mahu utk jd begini?kalau disoal pd sesiapa pun..xmungkin seseorg itu mahu mjalani kehidupan spt sy...hormati lah apa jua keputusan sy.sy hanya merancang...tp Allah lebih mengetahui segala2nya...sy cuma perlukan sokongan dr anda semua utk sy terus kuat dan maju ke depan.apa yg tjadi dan bakal berlaku biarlah jd rahsia antara sy dan Allah...xperlu utk sy bkongsi kesemua crita peribadi sy kpd umum.harap semua dpt memahami ya...doakan yg terbaik utk kami...Allah adalah tempat sy berbicara dan mengadu...bukan dgn sesiapa pun...kita sebagai makhluk Allah san hambanya cuma perlu menadah tangan dan bdoa meminta pertolongan dr Nya...Amin...."

Kami doakan yang terbaik sahaja buat Adam dan Fiza. - My Media Hub

No comments:

Post a Comment