28 April 2014

PEMBANTU KEDAI MAKAN DIROGOL PELANGGAN DALAM TANDAS

Permaisuri: Seorang pembantu kedai makan mendakwa dirogol seorang lelaki yang pernah menjadi pelanggannya di sebuah tandas awam Kampung Nyatoh, Penarik, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 5.40 petang ketika mangsa berusia 23 tahun yang bekerja di sebuah kedai makan di situ dikatakan pergi ke tandas tidak jauh dari premis berkenaan.

Beliau berkata, mangsa berseorangan ke tandas tanpa menyedari diekori lelaki berusia 20-an.

“Setiba di tandas, mangsa ditarik suspek dan diugut tidak membuat bising jika tidak mahu diapa-apakan.

“Mangsa meminta suspek melepaskannya namun rayuan itu tidak diendahkan sebelum mendakwa dirogol suspek.

“Selepas melampiaskan nafsunya, suspek meninggalkan mangsa sambil memberi amaran supaya tidak menceritakan perbuatan terkutuknya kepada orang lain,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Penarik untuk tindakan lanjut.

Ab Rahman berkata, mangsa mendakwa mengenali suspek yang dikatakan pernah datang ke kedainya.

Katanya, identiti suspek dikenal pasti dan usaha memburunya dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

1 comment:

  1. Pemuda harapan nusa, bangsa, agama dan negara! Memang selayaknya Hudud dilaksanakan. Kalau betol bersalah, hukom potong 'anu'nya! Tak payah nak kesian!

    ReplyDelete