31 August 2014

MABUK BAWA PADAH!!!!!


Sebahagian tubuh Kao tersekat ketika dia cuba merangkak keluar dari kios ATM di wilayah Zhejiang.

HANGZHOU - CHINA. Seorang lelaki mabuk di China menerima padah selepas sebahagian tubuhnya tersekat ketika dia cuba merangkak keluar dari kios mesin pengeluaran wang automatik (ATM).


Jurucakap bomba di wilayah Zhejiang, Hsin Ke memberitahu, maklumat diterima selepas orang awam bertindak membuat aduan selepas mendapati mangsa dikenali sebagai Cheng Kao pengsan berhampiran kios terbabit.


"Usaha mengeluarkan Kao sukar kerana dia masih mabuk dan gagal mendengar arahan dengan jelas. Kami terpaksa memecahkan panel kaca sebagai jalan terakhir," jelasnya.


Difahamkan, Kao mengambil keputusan keluar dari ruang pengudaraan kecil di bawah panel kaca itu selepas gagal membuka pintu kios tersebut akibat tersalah memasukkan nombor pin.


Sementara itu menurut laporan Daily Mail, pihak berkuasa memaklumkan, lelaki malang terbabit perlu membayar ganti rugi membaik pulih kios ATM tersebut.


Awal tahun lalu, seorang lelaki di wilayah Sichuan terpaksa menahan kesakitan selama enam jam selepas tangannya tersekat ketika dia cuba untuk mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh di dalam lubang tandas.

BAYAR CASH!!! Aliyaa Magda Alirkan Darah Haid Atas Kalimah Allah Akhirnya Mati

BAYAR CASH!!! Aliyaa Magda Alirkan Darah Haid Atas Kalimah Allah Akhirnya Mati -

Seorang gadis Mesir yang menggemparkan umat dunia semalam apabila beliau dengan beraninya mengalirkan darah haid atas kalimah allah kini terlibat dalam kemalangan ngeri menurut sumber dari Upi.com.

Kini kesombongan dirinya tidak dapat lagi diperlihatkan kerana perbuatan kejinya dibayar cash didunia. Alangkah ruginya seorang manusia itu jika belum sempat bertaubat. Walahu alam.





INFO ISLAM- Hukum.Mengeluarkan Mani di luar Rahim


Soalan : Saya dan suami saya merancang keluarga dengan kaedah mengeluarkan air mani di luar rahim. Apakah ini tidak dianggap menolak kurniaan Allah, atau membunuh benih yang boleh menjadi anak?.
Jawapan:

Perbuatan mengeluarkan air mani diluar rahim ketika melakukan persetubuhan dinamakan ‘azal. Ia biasanya dilakukan untuk mengelakkan dari mengandung. Hal ini berlaku sejak zaman Nabi s.a.w. Ini seperti kata seorang sahabah yang terkenal Jabir bin ‘Abd Allah:

كُنَّا نَعْزِلُ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْقُرْآنُ يَنْزِلُ

“Kami melakukan ‘azal pada zaman Nabi s.a.w. dan Al-Quran sedang turun” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maksud Jabir mereka melakukan perkara tersebut pada zaman Nabi s.a.w iaitu masa al-Quran masih diturunkan tetapi mereka tidak pun dilarang oleh al-Quran. Maka dengan ini mengeluarkan air mani di luar rahim untuk mengelakkan mengandung adalah diharuskan. Sama dalam hal ini pil perancang untuk mengelakkan mengandung. Namun oleh kerana wujudnya hadith Muslim yang menamakan ‘azal sebagai al-wa`d al-khafi iaitu membunuh anak secara senyap, maka kebanyakan ulama memakruhkan perbuatan ini.

Di samping itu, hadith yang lain riwayat Muslim juga menyatakan bahawa seseorang yang cuba melakukan ‘azal jika Allah kehendaki tetap akan mendapat anak. Ini mungkin kerana dia tidak dapat mengawal pancutan air mani sebelum dia mencabutnya.

Perlu diingatkan, oleh kerana perbuatan ini boleh menyebabkan isteri hilang kelazatan persetubuhan, atau tidak sampai kemuncak kelazatannya (climax), maka suami yang ingin melakukannya hendaklah mendapat keizinan isteri. Ini kerana persetubuhan adalah hak bersama suami dan isteri. Demi keadilan dan hak isteri, maka izinnya perlunya perlu diminta. Inilah pendapat yang paling kuat kebanyakan ulama. Sehingga al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (wafat 463H) berkata: “Tiada khilaf di kalangan ulama bahawa tidak boleh dilakukan ‘azal dengan isteri yang merdeka melainkan setelah mendapat keizinannya. Ini kerana persetubuhan adalah daripada haknya” (Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, 10/385, Beirut: Dar al-Fikr).

Di samping perlu difahami, adapun hasrat mencegah kehamilan jika sebabkan bimbang kepapaan, atau kekurangan rezeki, atau kurang kemewahan adalah diharamkan kerana ianya menyamai perbuatan musyrikin dan tidak meyakini rezeki Allah. Jika disebabkan keadaan tertentu yang mendesak seperti kesihatan atau kesibukan maka ia diizinkan. Namun jika digunakan pencegah kehamilan secara berterusan tanpa sebab adalah diharamkan oleh para ulama. Ini jika dibiarkan akan mengurangkan jumlah umat Islam. Dinasihatkan agar kita memperbanyakkan zuriat, kerana ianya menambahkan kekuatan dan

INILAH PENGAWAL KESELAMATAN PALING KACAK DI BRAZIL



Di bawah adalah beberapa gambar seorang pengawal keselamatan yang bekerja di stesen tren bawah tanah.
Memiliki wajah yang kacak, baru berusia 22 tahun dan bekerja di stesen tren bawah tanah di Sao Paulo, Brazil. Guilherme Leao adalah seorang jejaka yang mesra dan ‘mudah didekati’ menyebabkan dia menjadi perhatian para pengguna stesen tren tersebut, popularitinya mula terserlah apabila beberapa gambarnya tersebar di media sosial.

Dengan bertubuh maskulin tatkala mengenakan uniform, di samping wajah yang kacak pasti akan ada sesiapa saja yang akan tertarik untuk memerhatinya setiap hari terutama oleh pengguna wanita-
















KISAH MAYAT KANAK-KANAK MASIH SEMPURNA BERUSIA HAMPIR SERATUS TAHUN

Pada kebiasanya, mumia sudah banyak mengalami kerosakan di tubuhnya. Namun lain halnya dengan mumia yang satu ini. Ia dikenali dengan Rosalia Lombardo.

Bila melihat gambarnya, kita mungkin seperti melihat foto gadis kecil sedang tidur. Padahal, siapa sangka dia adalah mumia dari tahun 1920?

Rosalia Lombardo adalah mumia paling sempurna dan utuh yang pernah ditemui sepanjang sejarah. Ia meninggal pada usia 2 tahun akibat jangkitan paru-paru. Si ayahnya sangat bersedih dan meminta Alfredo salafia untuk memumiakan putrinya.

Ia ingin gadis kecil itu selalu utuh sehingga tak merasa jauh dari putrinya. Hingga ke hari ini, mumia ini adalah yang paling awet dan sempurna yang pernah ada. Ia seperti gadis kecil yang sedang tidur dan tak pernah membusuk.

Menurut kajian, awetnya tubuh Rosalia Lombardo kemungkinan kerana penggunaan formalin, alkohol dan glycerin. Semuanya untuk mencegah tubuhnya membusuk dan menyusut. Kerana keunikan mumia ini, ia disebut sebagai sleeping beauty of the Capuchin Catacombs.

Kini,mumia Rosalia Lombardo disimpan di sebuah bilik bawah tanah di Itali Selatan. Ada sebuah isu misteri bahawa beberapa orang pernah melihat Rosalia Lombardo sedikit membuka matanya.

Lokasi ini juga menjadi salah satu pusat sejarah bagi pelancong kerana mereka ingin menyaksikan sendiri susuk mumia yang tidak mengering ini. 






.

KISAH WANITA YANG DIBENCI KERANA HODOH TAPI TEMAN LELAKINYA SANGAT TAMPAN

Nama wanita ini adalah Luo Yufeng atau lebih dikenali sebagai Sister Feng, pada tahun 2009 hingga 2011, boleh dikatakan bahawa wanita ini adalah salah satu wanita yang dibenci dan jadi bahan ketawa di China. Sister Feng adalah seorang juruwang di sebuah pasar raya di Shanghai, China. Dia berasal dari keluarga miskin dan berpendidikan biasa saja, namun rasa percaya diri serta semangatnya luar biasa.

Sister Feng menjadi terkenal selepas dia mengedarkan risalah mencari jodoh. Tidak tanggung-tanggung, dia mensyaratkan lelaki lulusan universiti terkenal, kacak, tinggi dan syarat lain. Dia menjadi berita nasional setelah seorang reporter memberitakannya. Berita sensasi ini lantas membuat banyak orang mencebik dan mentertawakan Sister Feng yang dianggap berwajah biasa saja.

Selepas diberitakan, Sister Feng justru mendapat seorang teman lelaki yang sangat kacak, seorang mahasiswa dari Universiti terkenal. Setelah mereka memperkenalkan diri, tak lama kemudian Sister Feng memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut. Jangan salah, bahkan ada seorang lelaki kaya yang mengajak Sister Feng jadi kekasihnya semasa sambutan hari Valentine, namun lelaki itu gagal.


Dengan nasib baik yang belaku pada Sister Feng dan banyaknya lelaki kacak kaya yang mendekatinya, wanita ini semakin jadi bahan ejekan. Sehingga beredar kabar angin kononnya Sister Feng akan melakukan pembedahan plastik, hingga ada orang-orang mengedit fotonya. Namun hingga kini, tidak ada perubahan di wajah Sister Feng, entah berita itu benar atau sekadar sensasi belaka.

Akhirnya memilih tinggal di Amerika Syarikat

Tahu bahawa dirinya dibenci di China, Sister Feng mengadu nasib di Amerika Syarikat. Dia belajar bahasa Inggeris tanpa menyerah. Menurut berita terkini, Sister Feng bekerja di salah satu salon kuku di bandar Brooklyn. Di sana, Sister Feng kembali menebar risalah mencari jodoh, namun kali ini dia tidak mahu berpasangan dengan lelaki Asia.

" Saya dibenci di China , namun saya tidak mahu orang - orang di sini membenci saya juga , " ujar Sister Feng . " Amerika adalah tempat di mana orang boleh berjaya . Saya ingin membuat sebuah kerjaya kecil di sini , dan membangunkan lebih besar , " katanya dengan optimis .

Walau sudah meninggalkan China dan mempunyai kehidupan yang lebih baik di Amerika Syarikat , Sister Feng tetap mempunyai peminat .

" Sebagai wanita , saya ingin berjaya dan berkahwin . Berkahwin dan mempunyai anak adalah kebahagiaan terbesar , " ujar Sister Feng .

Itulah sekilas kehidupan seorang ang bernama Sister Feng . Dari seorang juruwang di Shanghai , menjadi terkenal namun dibenci , kemudian berjaya melalui kehidupan yang baru di Amerika Syarikat . Sebuah perjuangan yang memelukan keberanian , semangat dan kepercayaan diri yang tinggi . Fizikal hanya sebuah penilaian kecantikan dari luar , namun di sebalik itu semua, cantik adalah seberapa besar rasa cinta anda pada diri sendiri . 






PADAH!!!GAMBAR BOGEL GURU WANITA TERSEBAR SELEPAS IPHONE DICURI



Ayam terlepas, tangan bau tahi. Itulah yang berlaku kepada seorang guru wanita. Dia bukan sahaja kehilangan sebuah iPhone malah gambar bogelnya yang terdapat di dalam telefon pintar tersebut turut tersebar di laman sosial, Facebook. Guru wanita yang mengajar di Sekolah Mubaligh di wilayah Cincinnati, Amerika Syarikat itu mengaku bahawa wanita di dalam gambar bogel yang tersebar tersebut merupakan dirinya.
Gambar itu tersebar selepas iPhone miliknya dicuri. Dia sebelum ini telah membuat laporan polis pada 24 November tahun lalu berhubung kehilangan telefon pintarnya itu. Walaubagaimana pun, dia bukan sahaja ditimpa kerugian malah terpaksa menanggung malu apabila gambar bogelnya mula tersebar sehari selepas kehilangan iPhonenya itu.



Pihah sekolah dan ibu bapa pelajar turut bersimpati atas kehilangan iPhone milik guru wanita berkenaan namun mereka begitu pelik dengan sikap guru itu yang merakamkan gambar bogelnya sendiri.






.

PELAJAR NAKAL DI CHINA SUKA MENGAMBIL GAMBAR GURU MEREKA YANG SEKSI DI DALAM KELAS


Para guru sekolah menengah ini sudah celik teknologi. Dan usia mereka pun semakin muda. Usia guru yang muda ini automatik membuat mereka tampil fashionable. Lagipula pihak sekolah manapun selalu memerlukan para guru tampil menarik dan rapi saat mengajar, tidak seperti dahulu yang telihat kaku dengan pakaian seragam yang itu-itu saja.




Begitu pun di China. Guru-guru di Negara Tirai Bambu ini memang diharuskan oleh kebijakan pemerintah agar tampil menarik saat mengajar di sekolah agar para murid bersemangat. Tentu saja para guru harus berpakaian rapi dan sopan.



Namun pesona kecantikan guru-guru ini selalu saja menarik perhatian para pelajar nakal (di sekolah mana saja pasti selalu ada pelajar nakal, bukan?) yang diam-diam mengambil foto guru mereka saat mengajar di kelas dengan handphonenya dan menguploadnya ke internet sehingga menjadi perbincangan heboh di dunia maya sampai akhirnya akses gambar-gambar tersebut diblok oleh kerajaan China.




Pakaian guru ini amat mencolok sebagai seorang guru



Tidak ada yang salah dengan guru-guru ini, namun pelajar mereka memang kurang ajar



Namun sayangnya, gambar-gambar tersebut sudah terlanjur menyebar luas di dunia maya. Oleh kerana itu, hati-hatilah para ibu guru muda terhadap kenakalan pelajar Anda. Pelajar nakal selalu saja mempunyai trik lihai untuk mengelabui para guru. Sebaiknya razia rutin dan mendadak memang harus selalu diterapkan disekolah.

Kenakalan pelajar semacam ini sudah tidak boleh di bendung kerana mereka melecehkan guru mereka

Faktanya, walau sekolah-sekolah di China melarang pelajarnya membawa handphone ke sekolah tetap saja pihak sekolah tidak dapat mengesan aktiviti tersebut. Beginilah akibat negatif dari teknologi.

MISS KANADA INI TERNYATA ADALAH SEORANG LELAKI???


Tahun lepas, Talackova telah dikeluarkan dari senarai finalis Miss Universe Kanada selepas mendapati yang dia sebenarnya bukan perempuan. Namun selepas beberapa sesi perbincangan, mereka benarkan dia untuk disenaraikan semula. Tetapi dia tidak dinobatkan sebagai pemenang. Dia telah menjalani pembedahan plastik pada usia 19 tahun. Kini dia telah menjadi ikon fesyen negara itu apabila beberapa syarikat ternama seperti ELLE telah memilihnya menjadi model mereka. Kini dia adalah model sepenuh masa.






BAYI HIDUP SEMULA KETIKA MAJLIS PENGEBUMIAN???


FILIPINA – Sebuah majlis pengebumian bertukar menjadi kecoh apabila bayi perempuan yang telah disahkan meninggal dunia itu secara tiba-tibanya bernyawa kembali.

Seorang bayi perempuan berusia 3 tahun yang sepatutnya dikebumikan pada jam 1.00 petang yang lalu, sedar dari ‘tidurnya’ ketika diletakkan di dalam keranda.



Sebelum itu, bayi berkenaan telah disahkan meninggal dunia selama 24 jam pada sabtu, 12 Julai. Ibu bapanya kemudian membawa mayat bayi mereka ke Gereja Aurora, Zamboanga untuk upacara pengebumian.
Menjadi persoalan orang ramai, mengapa ibu bapa bayi ini membuat keputusan untuk mengebumikan anak mereka selepas bayi mereka disahkan meninggal dunia selepas 24 jam? Adakah doktor yang mengesahkan bayi mereka tidak bernyawa? Atau mereka memandai-mandai sendiri?

Itik Oh Itik!!!! Pencuri Disumbat Mulut Dengan Bangkai Itik??




Pencuri Disumbat Mulut Dengan Bangkai Itik | Kadang-kadang hukuman paling berkesan bagi penjenayah bukanlah penjara tapi sesuatu yang menjatuhkan air muka pelakunya.


Sebagai contoh di Selatan China, dua remaja lelaki pasti tidak akan berani mencuri lagi selepas mereka diaibkan dengan dahsyat.
Dua remaja 14 tahun tersebut asalnya mencuri itik-itik di sebuah kolam sebelum perbuatan mereka disedari penduduk kampung.







Mereka kemudiannya ditangkap dan disuruh melutut di tepi jalan dengan itik disumbat ke dalam mulut.







Keadaan mereka menimbulkan kehairanan orang ramai dan kenderaan yang melalui jalan tersebut hingga ramai datang mengerumuni mereka bagi mengetahui hal sebenar.







Ketua Kampung yang dikenali sebagai Yong Ku berkata, dua remaja tersebut layak dihukum begitu kerana mereka sudah beberapa kali kantoi mencuri barangan penduduk untuk mendapatkan wang bagi membeli rokok dan minuman keras.







Fikir-fikir semula rasanya hukuman ini jauh lebih baik daripada cara rakyat Malaysia yang suka membelasah pencuri setiap kali berjaya ditangkap, betul tak?