31 August 2014

Tahukah Anda!!! Selfie Sebenarnya Telah Wujud Sejak Tahun 20-an Lagi



RAMAI yang terfikir, cara mengambil gambar yang menjadi kegilaan masa kini iaitu “Selfie” hanya mula berlaku apabila telefon bimbit dilengkapi dengan kamera. 


Sebenarnya selfie sudah pun bermula sekitar tahun 20-an lagi dengan menggunakan kamera pada zaman itu. 

Gambar daripada Twitter History In Pics menunjukkan lima orang lelaki merakamkan gambar mereka secara selfie pada sekitar lingkungan masa itu. 

Lihat sahaja kameranya besar mana, dan ia berat sehingga terpaksa memerlukan dua orang untuk memegangnya supaya boleh merakamkan gambar. 




Pada zaman itu, pastinya untuk merakamkan gambar secara selfie bukannya semudah pada masa kini kerana pada masa itu kamera tidak memiliki fungsi memfokus secara automatik. 

Jarak yang ideal untuk fokus perlu disesuaikan dengan lensa supaya gambar yang terhasil nampak cantik dan tidak kabur. 

Twitter History In Pics memaparkan tweet gambar-gambar bersejarah yang sudah jarang ditemui lagi pada zaman ini antaranya melibatkan pemandangan beberapa bandar-bandar utama dunia serta gambar-gambar artis yang popular sekitar tahun 50-an dan ke atas.




No comments:

Post a Comment