27 August 2014

(5 Gambar) Hamas Raih Kemenangan Lepas 7 Minggu Perang


(5 Gambar) Hamas Raih Kemenangan Lepas 7 Minggu Perang | Israel dan Hamas pada Selasa telah mengumumkan gencatan senjata jangka panjang selepas pertempuran selama tujuh minggu yang mengorbankan lebih 2200 orang majoritinya rakyat Palestin.

Di Gaza, pihak polis melaporkan serangan udara Israel telah meruntuhkan sebuah bangunan tujuh tingkat di bandar Beit Lahiya. Letupan dari serangan udara Israel boleh didengar di Gaza selepas pengumuman gencatan senjata itu dibuat.

Di Gaza, perayaan besar-besaran dibuat selepas 7 malam waktu tempatan. Takbir yang biasanya dikhaskan untuk perayaan Orang Islam boleh didengar dari pembesar suara masjid.

Hamas menyatakan gencatan senjata itu termasuk perjanjian Israel untuk meringankan sekatan ke atas Gaza untuk membolehkan bekalan bantuan dan bahan binaan dibawa ke wilayah perang yang rosak teruk -

Serentak dengan kemenangan ini, sempadan Rafah akan dibuka bagi memudahkan banyak bantuan untuk masuk. Nelayan Gaza juga akan dibenarkan memancing sejauh enam batu nautika.



No comments:

Post a Comment