27 August 2014

kisah sebenar janin selama 36 tahun di dalam perut berjaya dikeluarkan


Doktor di India telah berjaya mengeluarkan rangka janin yang telah lama berada di dalam perut seorang wanita dipercayai selama 36 tahun. Doktor turut mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kehamilan ektopik (kehamilan luar rahim) paling lama di dunia. 

Mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 60 tahun dilaporkan pernah hamil pada usia 24 tahun tetapi telah mengalami keguguran kerana janinnya tumbuh di luar rahim. Oleh kerana faktor kemiskinan dan takut untuk menjalani pembedahan membuang mayat janin tersebut, wanita tersebut hanya mencari ubat tahan sakit di sebuah klinik tempatan. 

Walaupun kesakitan beransur-ansur reda, ia kembali menyerang beberapa tahun kemudian lantas memaksa wanita itu untuk mendapatkan bantuan perubatan di sebuah hospital di barat India, kata Murtaza Akhtar.

"
Dia datang kepada kami mengadu sakit di bahagian perut," kata Akhtar, ketua pembedahan di N.K.P Salve, Institut Sains Perubatan di bandar Nagpur. 

Hasil pemeriksaan, doktor menjumpai beberapa ketulan di bahagian bawah abdomen kanannya dan ditakuti ia boleh menjadi kanser. Namun, setelah menjalani beberapa ujian lanjut, hasil imbasan menemui sebuah rangka matang di dalam rahim wanita tersebut. 

Hasil pembedahan sekumpulan doktor di Nagpur, rangka tersebut berjaya dikeluarkan hasil pembedahan yang melibatkan rahim, usus dan pundi kencing wanita tersebut. Mangsa dilaporkan stabil dan beransur pulih. 

Doktor menyifatkan kejadian seorang wanita berusia 60 tahun dengan janin berada dalam perutnya selama 36 tahun itu sebagai salah satu keajaiban dalam dunia perubatan yang jarang terjadi. Rekod perubatan mendedahkan kes yang sama pernah terjadi ke atas seorang wanita Belgium dimana janin berada dalam perutnya selama 18 tahun. – AFP

INFO - Kehamilan ektopik adalah kehamilan yang berkembang diluar rahim, biasanya didalam tiub falopio. Situasi ini boleh membahayakan nyawa kerana dapat menyebabkan pecahnya tiub falopio jika kehamilan berkembang



No comments:

Post a Comment