29 August 2014

9 Tempat Paling Pelik Di Dunia Yang Pasti Anda Tidak Jangka


Mungkin anda pernah terdengar nama-nama tempat yang pelik bunyinya ataupun mungkin juga anda pernah tahu tentang tempat-tempat yang pelik di dunia ini. Tetapi tempat yang VG nak bawa anda semua kali ini mungkin anda sendiri tidak pernah terfikir dan tidak pernah menjangka tempat ini wujud.


Panggung Wayang di tengah-tengah padang pasir.

Ini memang sangat aneh. Lebih sedekad lalu ada seorang pelawat dari Perancis mengambil keputusan untuk membina panggung wayang paling pelik iaitu ditengah-tengah gurun padang pasir. Setelah siap semuanya, segala yang dirancang tidak berjalan lancar. Bekalan elektrik di sabotaj dan panggung wayang ini tidak boleh digunakan.

Akhirnya panngung wayang paling pelik ini dibiarkan begitu sahaja dan 150 tempat duduk masih lagi kekal utuh disitu.

Fuc*ing: Nama Tempat Paling Biadab

Jika di Malaysia pasti akan dikritik bertalu-talu sekiranya terdapat tempat yang diberi nama Fuc*ing ini. Namun ini lah nama tempat yang terdapat di Austria. Terdapat juga beberapa jalan yang dinamakan Fuc*ing Road di kawasan ini.


Pondok Talifon Paling Sunyi Di Dunia

Dikatakan pada tahun 1960-an pelombong emas telah mendirikan talifon awam di tengah-tengah Gurun Mojave. Sehingga kini pondok talefon tersebut masih wujud di kawasan Gurun Mojave.


Bunny Hill

Tak perli diterangkan lagi, inilah satu-satunya bukit yang berbentuk bunny. Sungguh aneh walaupun bukit ini direka sendiri oleh warga Italy.


Sealand Negara Tengah Laut

Sealand ini merupakan negara kecil terletak di sebuah lautan yang terbiar sejak Perang Dunia II yang dipanggil Fort Roughs. Sealand ini berada pada jarak enam batu di luar pantai Suffolk, England. Sapa nak duduk negara ni? haha!


Erving’s Location

Ok ini sangat pelik. Menurut bancian tahun 2000, hanya seorang yang tinggal di Erving’s Location ini. Namun pada tahun 2010, bancian di Amerika Syarikat menunjukkan tiada populasi yang tinggal di Erving’s Location ini.


Mill Ends Park: Taman Paling Kecil Di Dunia

Ini mungkin agak kelakar bagi anda, namun inilah hakikat yang terdapat di Portland dimana taman ini merupakan taman terkecik di dunia dan telah diiktiraf oleh Guinness Book of Records. Percaya atau tidak, taman ini cuma berkeluasan antara 0.2 meter persegi hingga 0.3 meter persegi sahaja!



Baldwin Street: Jalan Paling Curam Di Dunia

Baldwin Street, Dunedin terletak di bahagian pinggir bandar di selatan New Zealand. Ianya dikatakan sebagai jalan paling curam di dunia. Ukuran dia VG sendiri tak faham nak baca, yang penting kecuraman jalan ini telah diiktiraf oleh Guinness Book of Records.


Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch

Nampak macam VG bergurau kan? Ni bukan gurau, ini fakta! Di negara Wales terdapat sebuah kampung yang bernama Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch. Korang boleh sebut nama tu dengan betul? VG nak cuba sebut pon takde mood. Tapi nama ini bukan saja-saja diletak, ianya mempunyai makna dalam bahasa ingeris iaitu “Saint Mary’s Church in the hollow of white hazel near a rapid whirlpool and the Church of Saint Tysilio near the red cave.”

Kalau dalam Bahasa Melayu korang cari lah sendiri ya!


No comments:

Post a Comment