28 August 2014

KEJUTAN..PUNCA SEBENAR PELAKON NABIL MENINGGAL DUNIA.



Takziah diucapkan kepada keluarga pelakon Nabil Abdul yang telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat kanser lymphoma kira-kira jam 10.30 pagi semalam.


Memetik kenyataan rakan artis, Jihan Raja Lawak yang sama-sama menjayakan telefilem terbaru berjudul ‘Jihan Nak Buat Rumah Terbuka’, Allahyarham telah menghidap penyakit ini sejak berusia 21 tahun lagi namun sembuh selepas melakukan rawatan kemoterapi.

Namun, pada usia 29 tahun, penyakit itu kembali semula dan keadaannya bertambah serius sejak sebulan lepas sebelum dimasukkan ke Hospital Ampang, empat hari lalu.

Allahyarham dikenali menerusi iklan Kit Kat bersama M.Nasir yang ditayangkan beberapa tahun lalu.

Difahamkan, jenazah telah dikebumikan di kampung halamannya di Kulim, Kedah.kami mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

No comments:

Post a Comment