28 August 2014

Perhatian: Hello Kitty Bukan Kucing!


Ini mungkin berita atau fakta terbaru yang akan membuatkan anda terduduk — atau tidak. Syarikat yang mencipta watak / karakter terkenal, Hello Kitty dalam satu kenyataan baru baru ini mendedahkan yang Hello Kitty bukan seekor kucing. Say what?

Ya, bukan watak berdasarkan kucing menurut Sanrio, syarikat yang bertanggungjawab ke atas demam Hello Kitty dan berpengkalan di Jepun.

Fakta itu didedahkan oleh Christine R. Yano, penulis buku Pink Globalization: Hello Kitty’s Trek Across the Pacific yang menceritakan bagaimana fenomena Hello Kitty melanda Amerika Syarikat.

“Hello Kitty is not a cat. She’s a cartoon character. She is a little girl. She is a friend. But she is not a cat. She’s never depicted on all fours. She walks and sits like a two-legged creature,” jelas Yano kepada akhbar LA Times.

Kalau itu belum cukup buat anda terkejut, Hello Kitty dicipta berdasarkan manusia (ya, juga ciptaan) bernama Kitty White yang berbintang Scorpio serta meminati pai epal — selain bergelar anak perempuan kepada George & Mary White.

“She has a twin sister. She’s a perpetual third-grader. She lives outside of London. I could go on. A lot of people don’t know the story and a lot don’t care,” tambah Yano lagi.


                        



No comments:

Post a Comment