28 August 2014

kasih Seorang Ibu,Pilu! Linda Rafar Kongsi Nukilan Akhir Anaknya Sebelum Meninggal Dunia


Pemergian Rezaimen atau lebih dikenali dengan nama manja Memen pastinya memberikan impak yang amat besar kepada Linda Rafar dan keluarga. VG ada mengikuti kemaskini mengenai Memen yang sering dikongsikan oleh Linda Rafar sebelum pemergiannya, memang sayu mata memandang. Pemergian Memen pada usia semuda ini (12 tahun) pasti ada hikmahnya.

Arwah Memen yang merupakan anak kedua daripada empat beradik itu telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Menurut ibu saudara kepada Allahyarham, Diana Rafar memaklumkan yang Rezaimen berhasrat untuk menjadi seorang hafiz. Kata Diana:-


Memen (Rezaimen) sangat disayangi kerana sikapnya yang peramah dan periang namun pemergiannya semuda ini memang mengejutkan kami sekeluarga. Niat Memen memang mahu menjadi tahfiz kerana dia nak bawa anggota keluarganya masuk syurga

Terbaru menerusi akaun Instagramnya, Linda Rafar telah berkongsi 2 keping nota tulisan anaknya itu yang baru sahaja dijumpai. Sedih membacanya. Tak dapat bayangkan kesakitan yang ditanggung oleh Allahyarham ketika menjalani rawatan.


No comments:

Post a Comment