Dalam buku Qabaih al-Yahud dijelaskan 12 kejahatan Yahudi yang termaktub dalam Al-Quran. Kejahatan itu adalah sebagai berikut:
- Menuduh Nabi Musa mempunyia penyakit kusta kerana tidak mahu mandi bersama mereka. (QS. 33:69)
- Enggan melaksanakan Taurat, sehingga Allah mengangkat gunung Tursina untuk mengambil perjanjian yang teguh. (QS.2:93)
- Tidak mahu beriman kecuali jika melihat Allah secara langsung. (QS. 2:55 dan 4:153)
- Mengubah perintah agar masuk negeri yang dijanjikan seraya bersujud dan mengucapkan hithah, iaitu memohon keampunan. Tetapi mereka mengganti perintah itu dengan cara melata di atas anusnya dan mengatakan hinthah, iaitu sebutir biji di rambut. (QS. 2:58-59
- Menuduh Nabi Musa mengolok-olok mereka ketika mereka disuruh menyembelih sapi betina. (QS. 2:67)
- Menulis Alkitab dengan tangan mereka, lalu mengatakan ini dari Allah. (QS. 2:79)
- Memutar-mutar lidahnya untuk menyakinkan bahawa yang dibacanya itu adalah wahyu yang asli. (QS. 3:78)
- Mengubah Firman Allah. (QS.2:75)
- Menyembah patung sapi saat ditinggal Nabi Musa yang pergi mengambil Taurat. (QS.2: 51 dan 92)
- Mengatakan Tangan Allah terbelenggu. (QS.5:64)
- Menuduh Allah itu faqir. (QS. 3:181)
- Menyuruh Nabi Musa dan Tuhannya berperang untuk mereka (QS.5:24)
Di samping itu, sosok nabi yang seharusnya dijadikan suri tauladan,
sebaliknya didustakankan. Nabi Ibrahim dalam Kejadian 12:10-16 dan
20:1-14, dikisahkan sebagai orang yang hina, menjijikkan dan rakus harta
benda. Beliau dituduh menjual isterinya yang cantik demi meraih
keuntungan. Kitab suci mereka tidak pernah menceritakan beliau sebagai
Nabi pemberani yang menghancurkan patung meskipun harus dilemparkan ke
dalam api, menyeru ayah dan kaumnya meninggalkan kemusyrikan.
Kisah memilukan juga menimpa Nabi Luth. Dalam Kejadian 19:30-38, beliau dikisahkan menzinahi kedua anaknya dalam keadaan mabuk.
Islam adalah musuh kekal bagi Yahudi dan Nasrani. Sebab Islam adalah
satu-satunya agama yang kitab sucinya membongkar secara langsung
kesalahan dua agama itu. Ibarat seorang adik, ia berani membongkar
kejahatan kedua kakaknya. Oleh sebab itu, kedengkian mereka tidak akan
padam dan masih wujud dalam kajian-kajian mereka.
Contoh kedengkian intelektual ini seperti dakwaan bahawa Al-Quran banyak
dipengaruhi kosa kata Ibrani, seperti diungkapkan Adnin Armas dalam
bukunya Metodologi Bibel dalam Kajian Al-Quran. Dakwaan ini dicetuskan
oleh Abraham Geiger (1810-1874), seorang rabi dan pendiri Yahudi Liberal
di Jerman dalam karyanya, Apa yang telah Muhammad pinjam dari Yahudi?
Jauh sebelumnya, Imam Syafi’i telah menolak dakwaan seperti itu dan
menguatkan bahawa Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Sebab semua
lafaz dalam Al-Quran mustahil tidak difahami oleh semua orang Arab,
meskipun sebahagian lafaz itu ada yang tidak dimengerti oleh sebahagian
orang Arab. Hal ini mengingat bahawa luasnya samudera bahasa Arab, bukan
kerana kata itu tidak berasal dari bahasa Arab. Kerana kata-kata yang
dituduhkan asing itu telah menjadi bahasa Arab, dikenal dan telah
digunakan oleh masyarakat Arab sebelum turunnya Al-Quran.


No comments:
Post a Comment