12 August 2014

Aktor Hollywood, Robin Williams Mati Disyaki Bunuh Diri



LOS ANGELES, 12 OGOS 2014: Bintang komedi Hollywood, Robin Williams, 63, ditemui mati di kediamannya di Marin County, California dipercayai akibat bunuh diri.

Pejabat syerif Marin County dalam kenyataannya berkata, pihak 911 menerima panggilan daripada seorang lelaki pada jam 11.55 pagi (waktu tempatan) mengatakan terdapat seorang lelaki tidak sedarkan diri di dalam rumahnya.

Pihak koroner syerif kemudian mengesahkan pelakon itu sudah meninggal dunia pada jam 12.02 tengah hari (waktu tempatan).

Pihaknya mengesyaki kematian berpunca akibat bunuh diri berkaitan lemas tetapi punca kematian masih disiasat.

Media sebelum ini melaporkan pelakon veteran itu sedang bergelut dengan masalah kemurungan selain mengalami masalah ketagihan dadah dan alkohol sejak tahun 70-an dan 80-an.

Mendiang antara penghibur paling diminati di Amerika Syarikat dan mula mencipta nama dalam sitkom Mork & Mindy pada 1978 hingga 1982.

Namanya semakin dikenali sebagai pelakon filem antaranya Good Morning Vietnam, Dead Poets Society, Awakenings, Mrs Doubtfire dan Good Will Hunting pada 1997 yang membolehkannya memenangi anugerah Oscar bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

No comments:

Post a Comment