19 August 2014

GEMPAR!! IMAM MAHDI AKAN MUNCUL PADA OKTOBER 2015?



Imam Mahdi Akan Datang pada Oktober 2015? Kita hanya mengkaji dan hanya Allah yang mengetahui..





Oktober 2015 Imam Mahdi Akan Muncul ?? Tak salah kita mengagak atau mengkaji kerana hal demikian tidak mengugurkan aqidah...kalau lah ianya benar.... kita untung , tapi jika ianya salah kita tak rugi pun...! Kerana konflik di Syam(Syria) ada kaitan dengan hadis Nabi saw dimana '' Malaikat melebarkan sayapnya di bumi Syam''( Syria ). Ingat !! kita cuma mengagak dan mengkaji...tak jatuh aqidah jika kita salah !!!


Saya akan menyampaikan beberapa isi dari buku "Oktober 2015 Imam Mahdi Akan Datang" dari penulis Jaber Bolushi. Saya akui sekarang kita sudah berada di akhir zaman dimana tanda-tanda dekatnya kiamat sudah terjadi sekitar 95% jadi tanda-tanda yang belum muncul tinggal 5% saja. Percayalah bahawa Kiamat sudah dekat, bahkan pernah ada filem-nya di SCTV "Kiamat Sudah Dekat". Buku ini mengambil sumber utama-nya dari Al-Quran. Jadi Al-Quran sungguh hebat, peristiwa yang sudah terjadi atau yang akan terjadi ternyata bisa diketahui dengan mempelajari Al-Quran.


2008 = Israel akan memperluas daerahnya. Terjadi pengusiran besar-besaran rakyat Palestin oleh kaum Yahudi tersebut. Mereka akan menentukan garis batas akhir negara Israel dan membina penempatan besar di Palestin bagi kaum Yahudi.


2010 = Atas dasar presiden baru AS, ia akan menarik pasukannya yang berada di Iraq. Kerana AS akan cuba menakluk negara-negara lain, seperti Sudan, Mesir dan Syria.


2012 = Bermula era kezaliman dan kerosakan di bumi Syam (Syria ) seperti hadis Nabi saw.


2013 = Amerika(Rom) ,sudah mula memberi bantuan senjata pada Mujahideen kerana marah dan bimbang Russia, China mencampuri perperangan di Syria dan sekali gus bimbang gabungan Russia ,China ,Iran dan Korea Utara akan jadi kuasa besar dunia.


2014 = Kemungkinan besar akan bermula Perang besar armagedon dimana Rusia, China, Korea utara, Iran dan Lebanon (Hezbolah) akan bersekutu dgn Basyar Asad dan tentera Rom ( amerika dan sebahgian negara barat akan bersekutu dengan para Mujahideen seperti hadis Nabi saw '' Sabda Rasullullah s.a.w:


"Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang ,kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu memerangi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah). Maka bermulalah era peperangan diantara Mujahideen dab Tentera barat ( orang putih ).






21 Mac - 9 Mei 2014 = Terjadi perubahan cuaca yang amat radikal akibat asteroid yang mendekat (atau mungkin menabrak) Bumi. Terjadi hujan yang sangat lebat selama 50 hari tersebut, menyebabkan rusaknya hampir seluruh tanah pertanian di Bumi. Bencana tersebut adalah bencana terbesar yang pernah terjadi semenjak Adam as turun ke Bumi.


Bulan-bulan awal 2015 = AS menguasai Sudan, lalu memasuki Mesir namun gagal menaklukannya.


April 2012 hingga 2015 = Munculnya Sufyani sebagai pemimpin kejam di Damsyik, Syria.






23 Ramadhan tahun itu = Seruan yang datang dari langit yang menandakan Imam Mahdi akan datang dan menyuruh manusia untuk mengikuti ajaran Imam Mahdi. Seruan itu datang ke seluruh tempat di dunia dalam bahasa masing-masing dan boleh difahami oleh seluruh manusia.






Oktober 2015 = Asteroid kecil yang menubruk Missisipi di AS, menyebabkan kekacauan besar di AS.


23 Oktober 2015 = Imam Mahdi muncul di Mekah.




24 Oktober 2015 = Imam Mahdi dibai'at di Kaabah.






Kemudian = Pasukan Sufyani bergerak menuju Kuffah dan menimbulkan kekacauan besar disana, namun kemudian dapat ditumpas. Sedangkan itu pasukan yang lain bergerak menuju Madinah dan menghancurkan kota tersebut termasuk Masjid Nabawi. Pasukan tersebut ingin membunuh Imam Mahdi di Mekkah, namun ditumpas oleh pasukan malaikat.


Kemudian = Pasukan Imam Mahdi bergerak menuju Kuffah dan mendirikan pusat pemerintahan disana.


Februari 2016 = Asteroid kedua yang menubruk pantai barat AS, AS semakin menuju jurang kehancuran.






11 September 2018 = Nabi Isa as datang dari langit untuk membantu Imam Mahdi dalam misi Islam.


1 Februari 2019 = AS hancur.






Februari 2019 = Israel menghancurkan Masjidil Aqsa.


2019 - 2021 = Kaum Yahudi dari seluruh dunia berbondong-bondong ke Israel. Terjadi penghijrahan besar-besaran pada masa ini.


7 Ogos 2022 = Imam Mahdi merebut Jerusalem, Israel pun hancur. Tarikh ini berpapasan dengan Tish B'Av, hari besar dalam Yahudi yang merupakan hari kehancuran I Haikal Solomon oleh Raja Nebuchadnezzar dan kehancuran II Haikal Solomon oleh Raja Titus.






"Tidak ada seorang nabi pun antara aku dan Isa dan sesungguhnya ia benar-benar akan turun (dari langit), apabila kamu telah melihatnya, maka ketahuilah; bahawa ia adalah seorang laki-laki berperawakan tubuh sedang, berkulit putih kemerah-merahan. Ia akan turun dengan memakai dua lapis pakaian yang dicelup dengan warna merah, kepalanya seakan-akan menitiskan air waulupun ia tidak basah ". (HR Abu Dawud).


"Isa ibn Maryam akan turun di 'Menara Putih' (Al-Mannaratul Baidha ') di Timur Damsyik". (HR Thabrani dari Aus bin Aus)


"Sekumpulan dari ummatku akan tetap berperang dalam dalam kebenaran secara terang-terangan sampai hari kiamat, sehingga turunlah Isa Ibn Maryam, maka berkatalah pemimpin mereka (Al-Mahdi):" Kemarilah dan imamilah shalat kami ". Ia menjawab; "Tidak, sesungguhnya sebahagian kamu adalah sebagai pemimpin terhadap sebagian yang lain, sebagai suatu kemuliaan yang diberikan Allah kepada ummat ini (ummat Islam)". (HR Muslim & Ahmad).






"Tiba-tiba Isa sudah berada di antara mereka dan dikumandangkanlah solat, maka dikatakan kepadanya, majulah kamu (menjadi imam solat) wahai ruh Allah." Ia menjawab: "Hendaklah yang maju itu pemimpin kamu dan hendaklah ia yang mengimami solat kamu". (HR Muslim & Ahmad).


Perkara pertama yang dilakukan Nabi Isa setelah turun dari langit adalah menunaikan solat sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis-hadis di atas. Nabi Isa akan menjadi makmum dalam solat yang di imami oleh Imam Mahdi. Kedatangan Nabi Isa akan didahului oleh keadaan dunia yang dipenuhi kezaliman, kesengsaraan dan peperangan besar yang melibatkan seluruh penduduk dunia. Setelah itu kemunculan Imam Mahdi yang akan menyelamatkan kaum muslimin, kemudian kemunculan dajjal yang akan berusaha membunuh Imam Mahdi, setelah dajjal menyebarkan fitnahnya selama 40 hari, maka Nabi Isa akan diturunkan dari langit untuk menumpaskan dajjal.






Turunnya nabi Isa ke bumi mempunyai misi menyelamatkan manusia dari fitnah Dajjal dan membersihkan segala penyimpangan agama, ia akan bekerjasama dengan Imam Mahdi memberantas semua musuh-musuh Allah.


Dikisahkan setelah Isa as. selesaikan menunaikan solat, ia berkata, "Keluarlah kamu (pasukan kaum muslimin) semua bersama kami untuk menghadapi musuh Allah, yaitu dajjal." Lalu mereka pun keluar, kemudian Ia (Isa) dilihat oleh dajjal si laknat yang baru saja mendakwa kepada manusia, bahawa ia adalah raja yang mendapat petunjuk dan pemimpin yang genius serta bijaksana, bahkan mengaku sebagai Tuhan Yang Maha Tinggi. Begitu 'Isa dilihat oleh dajjal, dajjal pun meleleh seperti garam yang meleleh di di air. Kemudian dajjal kabur, tetapi ia dihadang oleh Isa di pintu kota Lud di Palestin. Sekiranya Isa membiarkan saja hal ini maka dajjal akan hancur seperti garam dalam air, akan tetapi Isa berkata kepadanya, "Sesungguhnya aku berhak untuk menghajar kamu dengan satu pukulan." Lalu Isa as. menombak dan membunuhnya, maka Isa as. memperlihatkan kepada semua orang darah dajjal di tombaknya. Maka tahu dan sadarlah para pengikut dajjal dari kalangan Yahudi, bahawa dajjal bukanlah Allah. Jika benar apa yang didakwakan dajjal (dajjal mengaku sebagai tuhan) tentulah dajjal tidak akan dapat dibunuh oleh Nabi 'Isa.


Ketika itu Nabi Isa A.Ş. menyeru kepada umat Kristiani untuk mengucapkan kalimat tauhid, kembali kepada jalan yang haq seperti apa yang telah disampaikannya ribuan tahun lalu sebelum agama Nasrani dirosakkan oleh tangan Yahudi bernama Paulus dari Tarsus.


Menurut suatu riwayat Nabi Isa, setelah turun dari langit akan menetap dibumi sampai wafatnya selama 40 tahun. Ia akan memimpin dengan penuh keadilan, sebagaimana yang diceritakan dalam hadist berikut: "Demi yang diriku berada ditangannya, sesungguhnya Ibn Maryam hampir akan turun di tengah-tengah kamu sebagai pemimpin yang adil, maka ia akan menghancurkan salib, membunuh ****, menolak penghormatan, melimpahkan harta sehingga tidak seorangpun yang mau menerima pemberian dan sehingga satu kali sujud lebih baik dari dunia dan segala isinya "(HR Bukhari, Muslim, Ahmad, Nasa'I, Ibn Majah dari Abi Hurairah).


Juga dkisahkan bahawa Nabi Isa akan melaksanakan haji: "Demi Dzat yang diriku berada ditanganya, sesungguhnya Ibn Maryam akan mengucapkan tahlil dengan berjalan kaki untuk melaksanakan haji atau umrah atau kedua-duanya dengan serentak". (HR Ahmad & Muslim dari Abi Hurairah).


Nabi Isa A.Ş. akan meninggal setelah membunuh dajjal, menjadi pemimpin yang adil, dan membenarkan risallah yang dibawa Rasulullah Muhammad SAW di akhir zaman. Hanya saja kita tidak mengetahui bila dan bilamana ini semua akan terjadi, karena Yahudi Talmudian terus-menerus bekerja siang-malam untuk menyesatkan umat manusia dari jalan kebenaran dengan membuat berita-berita palsu.


Majalah eramuslim digest edisi 6 "Genesis of Zionism" (Bahagian 1) memuat kisah tentang lahirnya Bani Israil dan kedurhakaan serta kejahatan mereka terhadap para Nabi Allah, hingga peranan mereka dalam episod awal Perang Salib. Edisi 6 ini akan berterusan sebagai satu kesatuan di eramusim digest edisi 7 "Genesis of Zionism" (Bahagian 2) yang mengupas kejahatan-kejahatan, jejak berdarah Yahudi sepanjang sejarah, dari masa Perang Salib, penguasaan mereka atas Inggeris dan Perancis juga seluruh Eropah, pembentukan gerakan Zionis Antarabangsa, penghancuran khilafah Islam Turki Utsmani, Perang Dunia I dan II, pelakon di belakang kekejaman Nazi, sejumlah pembunuhan terhadap rakyat Palestin, hingga konspirasi mereka di hari ini. Juga anda boleh simak keyakinan Yahudi Talmudian tentang hari akhir dan apa saja syarat-syaratnya sebelum mereka akan meruntuhkan Masjidil Aqsa dan mendirikan kembali Haikal Sulaiman ketiga di atas puing-puingnya.

No comments:

Post a Comment