15 August 2014

CIRI-CIRI TAHI LALAT YANG MERBAHAYA



Zaman dahulu, kalau nak kenal orang kena tengok pada tanda di badannya. Sebagai contoh, orang tua dahulu kata mereka yang punya tahi lalat di bibir atas kanan murah rezekinya dan pandai. Kalau yang bertahi lalat di hujung mata kanan adalah orang yang baik hati dan sopan. Tapi tak tahu lah, sekadar kepercayaan orang tua dahulu. Tapi ada jugak yang cakap tahi lalat sebagai kecacatan pada kulit. Ini kerana tahi lalat yang besar atau terlalu banyak dan berada pada kedudukan yang tak sepatutnya boleh menjejaskan penampilan anda.

Terdapat 2 jenis tahi lalat iaitu yang wujud semasa lahir dan sewaktu membesar. Sebab adanya tahi lalat sewaktu membesar ne kerana sinaran matahari. Faktor keturunan jangan pandang remeh kerana banyak keluarga yang mempunyai tahi lalat tipikal yang boleh dikaitkan dengan kanser kulit.



Tahi lalat boleh jadi bahaya jika ada perubahan dari aspek warna, ketinggian, saiz atau bentuk. Contoh tahi lalat yang lebih besar dari pemadam pensil atau yang mempunyai warna pelik seperti biru, putih atau merah atau yang mempunyai tekstur yang kasar. Kalau anda ada tahi lalat seperti ne, dinasihatkan buang.

CIRI-CIRI TAHI LALAT YANG BERBAHAYA


Warnanya berubah menjadi lebih gelap 
Bentuknya menjadi tidak lagi beraturan 
Bertambah besar dengan cepat 
Kulit di sekitar tahi lalat kemerahan 
Terasa gatal dan pedih 
Mudah berdarah jika tersenggolJangan lupa check tahi lalat kora

No comments:

Post a Comment