15 August 2014

INFO-5 TIPS SOLEKAN ALA-ALA KOREA SWEET LADY


Zaman sudah berubah. No more make up tebal-tebal ala pelakon opera cina. Sekarang, kebanyakan wanita di Malaysia lebih cenderung kepada make up ala Korea. Mudah dan ringkas. Memang sesuai untuk wanita berkerjaya yang sentiasa mementingkan kecantikan tetapi sering dihambat urusan kerja yang tidak pernah sudah ataupun wanita yang memang ingin kelihatan cantik secara semulajadi (natural beauty). Di sini saya ada beberapa panduan mengenakan solekan ala Korea khususnya bagi wanita yang ingin cantik tanpa mengenakan solekan yang tebal. Lebih menjimatkan. Hehehe.





1. Simple Touch


Perkara pertama yang perlu anda ketahui mengenai solekan ala Korea adalah solekan ini mementingkan solekan yang ringkas dan nipis. Penggunaan solekan yang ringkas dan nipis akan menampakkan anda lebih fresh dan muda.



2. BB Cream




BB cream merupakan item yang wajib ada bagi setiap wanita yang ingin bersolek ala Korea. Ianya berfungsi untuk menutup segala cela kulit serta menyekatakan tona kulit. Selain itu, BB cream juga berfungsi untuk menjadikan wajah anda kelihatanglowing. Sebagai tambahan, BB cream juga berperanan penting dalam melembapkan kulit anda.



3. Eyeliner Coklat




Seterusnya adalah penggunaan eyeliner. Penggunaan eyeliner berwarna coklat lebih digalakkan berbanding eyeliner berwarna hitam atau warna lain kerana eyeliner berwarna coklat lebih sinonim dengan penampilan yang lebih natural.



4. Fake Eyelashes



Untuk mata, solekan Korea tidak menggunakan sebarang eyeshadow. Cukup sekadar memasang fake eyelashes.



5. Lipstick



Akhir Sekali, lipstick. Pemakaian lipstik dengan teknik gradient lips atau two tone lips sangat popular di Korea ketika ini. Kebiasaanya, wanita Korea akan memilih warna seperti pink dan peach untuk memiliki bentuk bibir yang mungil.

No comments:

Post a Comment